produk-produk

Ahad, 28 Februari 2016

2nd Mini Giveaway by Tashira



Anyway,syarat tak banyak. Just follow apa yang patut je. So tolong jujur please? Kalau tak ada ig/twitter/facebook boleh je join tapi bagitau k. 


Syarat-Syarat Penyertaan

1. Buat satu entry yang bertajuk "2nd Mini Giveaway by Tashira". Letakkan banner buruk kat atas tu & backlink ke post giveaway ni.

2. Tinggalkan link kat entry ini plus nyatakan sekali sama ada anda menggunakan celcom/maxis/digi. (ur comment will be publish,so hantar sekali je ok)

3. Follow blog

Tashira  |  Izyan  |  Nad Dea  | Amira  | Eintan


4. Follow twitter (jika ada)




5. Like FB Page

One  |  Two  |  Three  |  Four


6. Follow Instagram (jika ada)

One  |  Two  | Three  |  Four  |  Five  |  Six  | Seven

Moh sesama join segemen giveaway nie. Support sesama blogger punya giveaway

Sabtu, 27 Februari 2016

Segmen Bloglist Vitaminwawa March-May 2016




Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 5 MARCH 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016
2. Copy & paste photo diatas dan linkkan ke entry ini.
3. Follow blog Vitaminwawa.
4. Follow Ig : @vitaminwawa2u
5. Like page : Vitaminwawa2u
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^
tujuhpetak

Kejohanan Tertutup Takraw ADR Tahun 2016











Petang tadi baru sahaja selesai kejohanan tertutup takraw ADR Tahun 2016. Kejohanan kali ini adalah kali ketiga sejak tahun 2014. Kejohanan kali ini disertai oleh 6 regu sama seperti tahun lepas. Kejohanan tertutup ADR khas untuk penduduk taman Alam Damai Resident dan pemain jemputan yang selalu bermain di gelanggang sepak takraw ADR.

Tahniah diucapkan kepada regu polis evo yang memenangi kejohanan pada tahun ini. Regu polis evo telah memenangi 5 perlawanan tanpa kalah sebelum melangkah ke perlawanan akhir. Perlawanan akhir menemukan regu polis evo dan tebuan kota. Perlawanan akhir kali ini memang terbaik dan sengit. Perlawanan ditentukan sehingga mata tambahan. Akhirnya regu polis evo menang 35-34 kepada regu tebuan kota.

Berikut keputusan kedudukan untuk kejohanan ini :

Pertama Polis Evo
Kedua    Tebuan Kota
Ketiga    Green


Bahasa Dialek Orang Pahang





Sedikit fakta mengenai negeri Pahang. Pahang merupakan negeri terbesar di semenanjung Malaysia. Pahang juga mempunyai sungai yang terpanjang di semenanjung iaitu Sungai Pahang dan gunung tertinggi di semenanjung iaitu Gunung Tahan. Pahang juga bersempadan dengan banyak negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perak dam Selangor.

Setiap daerah di pahang mempunyai dialeknya sendiri. Mengikut istilah orang sini bahasa pahang mengikut aliran sungai. Semakin lambat aliran sungai semakin leweh dialek atau loghat Pahang. Saya sendiri pun kurang faham apabila kawan dari Ulu Tembeling bercakap menggunakan dialek Pahang. Sebabnya cakapnya ada yang laju dan kita tidak paham maksud percakapannya.

Di bawah ini ada 25 perkataan yang biasa digunakan oleh orang Pahang :-

1)aok maksudnya awak

2)tembe maksudnya lembik

3)berjejeh maksudnya peluh banyak

4)bede maksudnya budu

5)tohor maksudnya cetek

6)lepe maksudnya cuai

7)babir maksudnya degil

8)ralit maksudnya leka

9)habat maksudnya pengotor

10)rodong maksudnya sahabat

11)pedooh maksudnya tipu

12)borok maksudnya borak

13)bele maksudnya baiki

14)cemuih maksudnya bosan

15)dedeh maksudnya hiris

16)gohek maksudnya kayuh

17)goner maksudnya bagaimana

18)gonyoh maksudnya sental

19)kabir maksudnya lambai

20)mantul maksudnya pening

21)rompong maksudnya lubang

22)rege maksudnya harga

23)sede maksudnya mudah

24)sigung maksudnya siku

25)tekeh maksudnya sekeh

Jumaat, 26 Februari 2016

Prestasi IPO Tahun 2012 Part 1



Prestasi IPO tahun 2012 separuh tahun pertama tidak semuanya baik semasa disenaraikan. 6 dari 8 kaunter mencatatkan harga diskaun dari harga disenaraikan. Ada kaunter yang naik harganya melebihi harga penyenaraian dalam jangka masa panjang seperti IPO Eita Resource dan Gas Malaysia.

Ada 2 IPO yang saya ingin highlight disini. Yang pertama adalah IPO FGV. FGV mencatatkan premium hampir seringgit semasa harga penutupan saham FGV.  Tapi harga FGV mencatatkan penurunan dari masa ke semasa. Harga yang terendah dicatatkan dalam 52 minggu adalah RM1.18. IPO Pestech pula menceritakan yang sebaliknya. Pada hari penutup disenaraikan, pelabur kerugian 0.17 sen. Tetapi kepada pelabur jangka masa panjang boleh tersenyum puas kerana harganya dah naik 600%. Itulah dunia saham ada yang naik dan turun. Setiap pelabur hendaklah mempunyai strategi masing-masing.


1)Nama Saham               SENTORIA
Harga Disenaraikan        RM0.85
Harga Penutup Listing    RM0.75
Harga Purata 52 MingguRM0.785-RM1.15
Harga Penutup SemalamRM0.82

Komen : Sentoria mencatatkan kerugian RM0.10 selepas closing harga penyenaraian. Kemudian dalam masa 52 minggu harga telah naik sampai RM1.15. Sekarang turun balik sampai RM0.82. Sesiapa yang jual pada harga RM1.15, telah untung 30 sen per saham.

2)Nama Saham               CSL
Harga Disenaraikan        RM0.95
Harga Penutup Listing    RM1.18
Harga Purata 52 Minggu RM0.065-RM0.175
Harga Penutup Semalam RM0.11

Komen : IPO CSL naik pada harganya semasa hari disenaraikan. Kemudian harganya semakin jatuh menjuam sehingga RM0.065. Sesiapa yang cut loss dan menjual pada harga tersebut hampir kerugian RM0.90 sen per saham.

3)Nama Saham               EITA RESOURCE
Harga Disenaraikan        RM0.76
Harga Penutup Listing    RM0.79
Harga Purata 52 MingguRM1.08-RM1.59
Harga Penutup SemalamRM1.36

Komen : Saham Eita memberi keuntungan semasa disenaraikan. Kemudian harga saham ini semakin naik dan konsisten harganya. Harga penutup semalam pun masih RM1.36. Pelabur masih untung di atas kertas RM0.60 sen per saham.

4)Nama Saham               PESTECH
Harga Disenaraikan        RM1.00
Harga Penutup Listing    RM0.83
Harga Purata 52 MingguRM4.65-RM7.08
Harga Penutup SemalamRM6,35

Komen : Saham terbaik tahun 2012 dan antara yang terbaik untuk 5 tahun terakhir ini. Walaupun harganya menurun sedikit selepas disenaraikan. Sesiapa yang cut loss pada hari RM0.83 mesti menyesal kerana tidak bersabar. Harga tertinggi adalah RM7.08. Sebagai contoh sapa yang ada saham pestech sebanyak 30000 unit dan menjual pada harga RM7.00. Keuntungan kasar adalah RM180,000. Memang cukup dah nak beli sebiji kereta baru imported.

5)Nama Saham                GAS MALAYSIA
Harga Disenaraikan         RM2.20
Harga Penutup Listing     RM2.05
Harga Purata 52 Minggu RM1.93-RM2.85
Harga Penutup Semalam RM2.45

Komen : Gas Malaysia merupakan antara saham yang mendapat liputan meluas pada tahun 2012. Banyak juga cornerstone yang membeli awal IPO Gas Malaysia pada tahun itu. Gas Malaysia ditutup dengan diskaun pada hari pertama disenaraikan. Harga tertinggi IPO ini adalah RM 2.85. Bagi pelabur masa jangka masih untung jika masih memegang saham Gas Malaysia.

6)Nama Saham                GLOTEC
Harga Disenaraikan         RM0.12
Harga Penutup Listing     RM0.09
Harga Purata 52 Minggu RM0.04-RM0.08
Harga Penutup Semalam RM0.05

Komen : IPO Glotec merupakan IPO termurah pada tahun 2012. IPO ini ditutup dengan harga 9 sen semasa hari pertama disenaraikan. Sekarang harga terkini Glotec tinggal 5 sen sahaja persaham. Saham ini pernah menjadi high volume tahun lepas kerana menjadi pilihan sindiket dan big shark.

7)Nama Saham                 FGV
Harga Disenaraikan          RM4.55
Harga Penutup Listing      RM5.44
Harga Purata 52 Minggu  RM1.18-RM2.61
Harga Penutup Semalam  RM1.59

Komen : IPO FGV juga mendapat liputan meluas dan beritanya untuk disenaraikan mendapat liputan dari tahun 2011 lagi. FGV ini anak syarikat Felda Holdings Berhad dan juga dimiliki oleh  Koperasi Permodalan Felda. Koperasi Permodalan Felda telah melepaskan pegangannya dengan harga RM 2.2 billion kepada Felda Holdings Berhad. FGV ditutup dengan harga RM 5.44 pada hari pertama disenaraikan. Kemudian harganya semakin merundum kepada bawah RM1.20. Semoga saham ini naik semula pada masa hadapan.

8)Nama Saham                 GABUNGAN AQRS
Harga Disenaraikan          RM1.18
Harga Penutup Listing      RM1.14
Harga Purata 52 Minggu  RM0.78-RM1.45
Harga Penutup Semalam  RM0.845

Komen ; IPO ini turun sedikit pada hari pertama disenaraikan. Harga tertinggi 52 minggu untuk saham Gabungan AQRS adalah RM 1.45. Sekarang harganya rendah dari tawaran permulaaan iaitu RM 0.845

Saya hanya memberi komen berdasarkan pandangan peribadi. Saya bukanlah dealer dan remiser mana-mana investment bank. Saya tidak mencadangkan sebarang buy dan sell untuk mana-mana kaunter saham.

Rabu, 24 Februari 2016

Keputusan IPO Bison Consolidated Berhad






Keputusan IPO Bison Consolidated Berhad telah keluar keputusannya. Pemohon boleh menyemak permohonan di laman sesawang MITI iaitu http://sahamonline.miti.gov.my/. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, anda boleh mencuba semasa permohonan kepada semua ataupun memohon IPO yang lain pula.

Bison Consolidated akan mengunakan hasil dari penyenaraian di BSKL untuk modal kerja dan kos penyenaraian di BSKL. Dari segi maklumat penyata kewangan , syarikat ini mencatatkan keuntungan 12.4 pada tahun 2014. CIMB Bank Investment akan menjadi bank penasihat untuk penyenaraian IPO Bison Consolidated Berhad.


Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie



Moh reramai join segmen ini. Klik je link nie http://impianacikyaanie.blogspot.my/2016/02/segmen-review-blog-dan-free-gift-by.html

Selasa, 23 Februari 2016

Penyanyi Terbaik Lagu Arab





Biodata Tentang Amar Diab
Asal Port Said, Mesir
Kejayaan 4  Best Selling Middle Eastern Artist 
                7 World Music Awards. 
                6 African Music Awards  
                5 platinum records

Pertama kali menulis tentang lagu yang diminati. Biasanya orang Melayu kita akan meminati lagu Melayu, Hindustan dan Korea. Sebabnya lagu itu kerap didengar di corong radio dan ditayangkan sewaktu filem di pawagam. Saya telah meminati lagu arab sejak tahun 2000 lagi  Lagu Arab pertama yang saya dengar oleh Pascale Machaalani iaitu  lagu Nour El Sham.

Saya suka banyak lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Amar Diab.  Amar Diab telah menjadi penyanyi di Mesir sejak tahun 1980an lagi dan telah mengeluarkan lebih 20 buah album sepanjang bergelar penyanyi. Dibawah ini saya senarai lagu Arabic yang sering didengari di youtube.
               
Lagu Terbaik Amar Diab

1) Tajuk Lagu                         Nour El Ain
     Tontonan Di Youtube        Lebih 6.1 Juta Tontonan
     Maksud Lagu                     Light Of The Eye

2) Tajuk Lagu                          Amarein
     Tontonan Di Youtube         Lebih 5 juta Tontonan      
     Maksud Lagu                      Two Moons

3)  Tajuk Lagu                         Tamally Maak
     Tontonan Di Youtube         Lebih 15.2 Juta Tontonan
     Maksud Lagu                      Always With You

4) Tajuk Lagu                           El Leila
     Tontonan Di Youtube          Lebih 6.08 Juta Tontonan
     Maksud Lagu                       Tonight                  

5)Tajuk Lagu                           Wayah
  Tontonan Di Youtube            Lebih 2.2 Juta Tontonan
   Maksud Lagu                        Wayah

6)Tajuk Lagu                          We Malo
  Tontonan Di Youtube           Lebih 4.43 Juta Tontonan
   Maksud Lagu                       So What

7)Tajuk Lagu                          Gamalo
  Tontonan Di Youtube           Lebih 7.37 Juta Tontonan
   Maksud Lagu                       Her Beauty

8)Tajuk Lagu                          Ana Ayesh
  Tontonan Di Youtube           Lebih 6.44 Juta Tontonan
   Maksud Lagu                       I'm Alive





Tawaran SCC Holdings Oleh MITI



MITI telah menawarkan tawaran saham khas SCC Holdings Berhad bermula 22 Februari 2016. Tawaran ini dibuka sehingga 21 Mac 2016 sebelum 12.00 tengahari. Penghantaran borang permohonan pula sebelum 23 Mac 2016 sebelum jam 04.30 petang. Saya mengambil masa sehari juga sebelum menulis IPO SCC Holdings. Ini kerana ada nama syarikat saya sama telah disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Saya akan memaklumkan jika ada maklumat baru mengenai perkara ini.

Mengikut maklumat yang saya terima syarikat SCC Holdings diletakkan dibawah Ace Market. Harga penutup petang tadi adalah RM1.84 perunit. Kaunter ini bukanlah kaunter yang aktif seperti saham-saham blue chip yang lain. SCC Holdings telah diasaskan pada tahun 1972 dan mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur. Produk SCC Holdings telah berada di pasaran China, Indonesia dan Brunei. Syarikat ini menjual dan membekalkan makanan kesihatan haiwan serta kelengkapan perkhidmatan makanan.

IPO SCC menawarkan 6.1 juta unit saham kepada pelabur bumiputera di bawah tawaran MITI. Harga par adalah RM0.50. Kenangan Investment Bank Berhad merupakan bank penasihat IPO kali ini. IPO SCC adalah IPO yang kelima ditawarkan MITI pada tahun ini. IPO sebelum ini adalah Ranhill Berhad, Bison Consolidated, Pecca Group dan LKL International. Para pelabur diminta membuat kajian lebih lanjut sebelum membeli mana-mana IPO yang ditawarkan.


Dividen Kwsp Tahun 2015



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah ditubuhkan dari tahun 1951 lagi. KWSP merupakan dana pencen keempat terbesar di Asia dan ketujuh terbesar di dunia. Pada tahun 2012 caruman individu adalah 11 peratus dan majikan pula 12 peratus. Dividen terendah KWSP adalah 2.5 % dan tertinggi adalah 8.5 %.. Berkuatkuasa tahun 2016 pencarum boleh membuat pilihan untuk mencarum 8 peratus atau 11 peratus. Bagi yang ingin mengekalkan caruman 11 peratus hendaklah mengisi borang yang boleh di muat turun di laman web KWSP. Kemudian majikan boleh menghantar ke pejabat KWSP terdekat.

Dividen KWSP bagi tahun 2015 adalah 6,4 % berkurangan sedikit berbanding dengan tahun 2014. Apepun dividen kali ini mendapat maklumbalas positif dari CEO Maybank dan CIMB. Dividen tahun ini berpatutan dalam keadaan ekonomi sekarang.

Sejarah Dividen KWSP 3 Tahun Terakhir :

2014   6,75%
2013   6.35%
2012   6.15%

Isnin, 22 Februari 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Segmen 12 Jam Bloglist Oleh mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016 sehingga 11 malam ini. Masih ada masa jika nak join contest nie

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


Bersama la kita join segmen yang dibuat Mia Liana. Mana tahu dapat masuk senarai bloglist blog mialiana.com

Sabtu, 20 Februari 2016

Mencari Followers Yang ke 150 By MasitaEyta




Mari kita memeriahkan First Mini Giveaway MasitaEyta. Harap saya yang menjadi Followers Yang Ke 150 Nanti. Nanti masuk dalam senarai 10 new bloglist. Maklumlah bloiig saya sendir pun baru nak bertatih. Hrap semua dapat jengok jugak blog saya

Dramatic Uniq Bloglist





Moh bersama join segmen Dramatic Uniq Bloglist. Tarikh tutup sehingga 29 Februari 2016. Mana tahu blog tujuh petak masuk senarai bloglist Dramatic Uniq

Tawaran IPO Chin Hin Group Berhad








IPO Chin Hin Group telah dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Individu , koperasi atau syarikat boleh memohon IPO syarikat ini. Tawaran IPO Chin Hin akan dibuka sehingga 25 Februari 2016. Harga Tawaran IPO adalah 0.65 sen per unit saham. IPO Chin Hin akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dengan kod M0662. Permohonan minimum untuk saham ini adalah 100 unit.

Jika pemohon menggunakan perkhidmatan dalam talian m2u. Kita akan dicas RM2.00 jika mempunyai CDS Maybank Investment. Jika menggunakan CDS bank lain anda semua akan dicas RM2.50 bagi setiap permohonan. Tarikh undian IPO Chin Hin Group adalah pada 01 Mac 2016. Semua saham Chin Hin akan dimasukkan ke akaun CDS masing-masing pada 04 Mac 2016. Tarikh saham ini akan disenaraikan pula pada 08 Mac 2016.

Maklumat mengenai IPO Chin Hin Group. Syarikat ini menawarkan 63.2 juta saham dengan nilai 0.50 perunit. Sebanyak  25.29 juta saham ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia. 6.4 juta saham ditawarkan kepada Lembaga Pengarah syarikat dan pekerjanya. Baki saham ditawarkan kepada pelabur runcit yang dikenal pasti. Chin Hin akan menggunakan duit dari hasil penyenaraian untuk pembelian kelengkapan dan mesin baru, pembayaran pinjaman bank dan modal kerja yang diperlukan.

Chin Hin Group telah ditubuhkan oleh Dato Chiau pada tahun 1974. Syarikat ini menyediakan dan membekalkan bahan binaan untuk industri dan perumahaan. Syarikat ini telah memperolehi pendapatan kasar melebihi 900 juta setahun.




Pencarian Bloglist Theathra






Salam Hujung minggu kepada semua. Lama jugak tak masuk peraduan yang blogger lain buat. Bukan taknak masuk masa yang tidak mengizinkan. Mari semua support blogger Malaysia. Harap bloglist yang baru macam saya terpilih walau blogger baru hihihi

Tarikh penyertaan sehingga 27 Februari 2016

10 Kelebihan Menjadi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi






Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dilantik oleh Mesyuarat Agong tahunan koperasi. Mesyuarat Agong merupakan kuasa tertinggi dalam sesuatu organisasi koperasi. Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah biasanya dibuat melalui pengundian semasa mesyuarat agong tahunan. ALK yang akan membentangkan kedudukan laporan tahunan , cadangan bajet tahunan dan perkembangan semasa koperasi kepada anggota koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.

Info tambahan yang saya ingin kongsi, Undang-undang koperasi di Malaysia diluluskan oleh pemerintahan British pada tahun 1922. Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat dan Pinjam Wang Jabatan Pos dan Telekom Berhad merupakan koperasi yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Koperasi Bank Kerjasama Rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1954.

Dibawah ini adalah kelebihan menjadi ALK sesuatu koperasi :

1)Elaun Tetap Bulanan
Elaun ini diberikan secara bulanan kepada ahli lembaga pengarah yang terlibat sahaja. Biasanya pengerusi, setiausaha dan bendahari yang layak mendapat elaun tetap bulanan. Jumlah elaun yang dibayar bergantung bajet tahunan dan kelulusan mesyuarat agong tahunan koperasi.

2)Elaun Sara Hidup
Elaun sara hidup diberikan kepada semua ALK apabila menghadiri kursus atau program dibawah kelolaan koperasi. Ahli Lembaga Pengarah juga boleh membuat tuntutan perjalanan dan tuntutan hotel bila menghadiri kursus tajaan koperasi.

3)Elaun Mesyuarat
Elaun mesyuarat diberikan setiap kali ALK menghadiri mesyuarat lembaga koperasi. Jumlah yang diberikan bergantung kepada bajet tahunan dan kedudukan ALK itu sendiri. Sebagai contoh elaun mesyuarat pengerusi RM250, bendahari dan setiausaha RM200 serta ALK yang lain RM150 setiap kali mesyuarat diadakan.

4)Honorarium Tahunan
Honorarium juga boleh disebut elaun kerja ALK. Honorarium biasanya diberikan selepas genap tempoh setahun setiap ALK menjadi Ahli Lembaga Pengarah  sesuatu koperasi. Pemberian honorarium hanya dapat diberikan selepas kelulusan bertulis Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Biasanya honorarium yang besar diberikan kepada koperasi yang besar seperti Bank Kerjasama Rakyat dan koperasi Permodalan Felda

5)Elaun mesyuarat agong dan Mesyuarat perwakilan
Elaun mesyuarat bermaksud elaun yang diterima kerana datang ke mesyuarat agong sesuatu koperasi. Jumlah elaun yang diterima bergantung kepada peruntukan bajet  tahunan koperasi itu. Untuk melayakkan kita untuk hadir ke mesyuarat agong, setiap anggota perlu menjelaskan mempunyai modal saham minimum sesuatu koperasi. Sebagai contoh untuk layak menghadiri mesyuarat perwakilan koperasi Bank Persatuan, setiap ahli hendaklah mempunyai minimum modal saham RM500. Ahli Lembaga Pengarah juga layak mendapat elaun mesyuarat agong seperti anggota koperasi yang lain.

6)Pinjaman
Biasanya ahli koperasi di Malaysia menjadi anggota koperasi adalah untuk meminjam. Sebenarnya banyak kelebihan lain menjadi ahli koperasi. Banyak jenis pinjaman yang disediakan koperasi sama seperti bank perdagangan yang lain. Contoh-contoh pinjaman yang ada Pinjaman Kecemasan. Pinjaman Runcit, Pinjaman Qadrul Hassan Dan Pinjaman Murabahah. Kelayakan pinjaman koperasi biasanya mengikut penyata gaji atau modal yuran anggota. Bagi koperasi yang menyediakan perkhidmatan pinjaman, peminjam akan terikat dengan potongan gaji dari pihak Angkasa. Bagi koperasi kredit . biasanya permohonan pinjaman akan dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Contoh koperasi yang menyediakan pinjaman kepada ahli adalah Bank Rakyat, Bank Persatuan, Koperasi Permodalan Felda, Koperasi Tentera dan Koperasi Wawasan. Ahli Lembaga Pengarah juga layak memohon pinjaman seperti anggota koperasi yang lain.

7)Dividen tahunan
Dividen tahunan antara penyebab kenapa kita berminat menjadi ahli sesebuah koperasi. Biasanya ahli akan mencari koperasi yang memberi dividen yang tinggi. Kelebihan dividen koperasi adalah tidak dikenakan cukai pendapatan individu . Dividen koperasi juga telah dibayar zakat oleh koperasi itu. Contoh koperasi yang bagi dividen melebihi sepuluh peratus ialah Bank Rakyat, Koperasi Wawasan dan KOSMA. Untuk makluman semua , dividen melebihi sepuluh peratus perlu mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ahli Lembaga Pengarah juga layak mendapat  dividen tahunan seperti anggota koperasi yang lain.

8)Dermasiswa Pendidikan
Dermasiswa adalah salah satu kelebihan menjadi ahli koperasi. Dermasiswa yang boleh dituntut adalah untuk diri sendiri dan anak-anak. Ada koperasi yang boleh menuntut dermasiswa dari peperiksaan Upsr sehingga degree. Jumlah dermasiswa bergantung kepada Undang-undang kecil koperasi dan Aturan-Aturan koperasi.   Syarat untuk memohon dermasiswa pendidikan biasanya telah cukup modal saham minimum dan telah menjadi anggota selama setahun. Syarat-syarat lain bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh koperasi itu sendiri. Ahli Lembaga Pengarah juga layak mendapat dermasiswa seperti anggota koperasi yang lain.

9)Khairat kematian
Sumbangan khairat kematian  diberikan kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Jumlah sumbangan bergantung kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi. Ada koperasi yang menyediakan  pakej caruman insurans sebagai sumbangan khairat kematian.Yang penting anggota atau waris membuat surat permohonan dengan mengemukakan bukti sijil kematian dan permit kubur.
Ahli Lembaga Pengarah juga layak mendapat sumbangan khairat kematian seperti anggota koperasi yang lain.

10)Sumbangan musibah
Sumbangan jenis ini biasanya perlu membuat surat bagi memohon sumbangan. Seterusnya permohonan itu akan dibawa ke mesyuarat Ahli lembaga Pengarah untuk pertimbangan dan kelulusan. Contoh sumbangan musibah ialah kemalangan, kecurian dan penyakit.  Jumlah   sumbangan mengikut kelulusan mesyuarat ALĶ dan Aturan-Aturan  koperasi. Ahli Lembaga Pengarah juga layak mendapat memohon sumbangan musibah seperti anggota koperasi yang lain.

Jumaat, 19 Februari 2016

6 Tips Membeli Saham IPO


IPO adalah satu alternatif kepada pelaburan di BSKL. IPO adalah singkatan dari Intial Public Offering. Tawaran permulaan IPO ada yang ditawarkan dahulu kepada MITI. MITI akan menawarkan IPO kepada golongan bumiputera samaada individu, pertubuhan , koperasi dan syarikat yang berminat untuk memiliki IPO tersebut. Setelah habis penawaran melalui MITI barulah IPO akan ditawarkan kepada semua rakyat dan syarikat di Malaysia.

Permohonan IPO untuk semua rakyat Malaysia boleh dipohon melalui 3 cara. Cara pertama adalah melalui permohonan dalam talian yang ditawarkan oleh bank perdagangan seperti CIMB Bank, Maybank, Hong Leong Bank dan Public Bank. Pemohon juga boleh memohon melalui mesin-mesin ATM yang terdapat dibank-bank. Cuma pastikan baki mencukupi sebelum membuat permohonan IPO tersebut. Cara ketiga adalah mengisi borang permohonan yang disediakan oleh bank-bank pelaburan. Setelah borang diisi bolehlah dihantar ke investment bank yang terlibat dalam penyenaraian tersebut. Borang itu juga dikenali sebagai pink form.

Dibawah ini beberapa tips yang boleh digunakan semasa membeli IPO :-

1)Tujuan Pembelian IPO Tersebut
Sebelum membeli pelabur harus ada tujuan pembelian yang jelas. Samaada untuk mendapatkan keuntungan pada hari penyenaraian atau menyimpan jangka masa panjang. Sebabnya ada saham yang bagus pada awalnya akan turun harga dan kemudian akan naik kembali pada masa yang panjang.

2)Rekod Kewangan Yang Bagus
Syarikat yang bagus seharusnya dalam keadaan untung sekurang-kurangnya 5 tahun terakhir. Sebagai pelabur yang menggunakan fundemental analisis, mereka akan menggunakan semua maklumat dari laporan tahunan syarikat tersebut. Pelabur yang bagus akan mengira price to earning, dividen yield, ROA, ROE dan lain-lain.

3)Syarikat Yang Monopoli Perniagaan
Monopoli perniagaan bagus untuk perkembangan syarikat. Ini akan menjadikan syarikat berkembang maju. Jualan dan perkhidmatan syarikat akan meningkat tanpa memerlukan kos pemasaran yang terlalu tinggi. Sebagai contoh syarikat yang monopoli seperti Facebook, America Express, Wallmart dan lain-lain lagi.

4)Mengetahui Fair Value yang dikeluarkan Investment Bank
Biasanya sebelum penyenaraian, sesuatu saham IPO akan dinilai oleh investment bank. Pelabur seharusnya mendapatkan beberapa fair value dari beberapa investment yang ada. Kita juga boleh bertanya kepada dealer atau remiser masing-masing tentang fair value ini. Tujuan mengetahui Fair Value dapat membantu pelabur semasa hari penyenaraian IPO tersebut. Sebagai contoh harga tawaran IPO saham A adalah RM1.00. Investment bank menilai Fair Value saham A adalah RM1.20 hingga RM1.40. Jika semasa hari saham A disenaraikan dan harga semasa adalah RM1.30. Pelabur mempunyai pilihan menjual pada harga RM1.30 atau menunggu saham naik hingga RM1.40 kerana harga Fair Value Saham A adalah RM 1.40

5)Syarikat Yang Bercadang Untuk Memberi Pulangan Dividen
Kebanyakan syarikat yang akan tersenarai di BSKL akan menjanjikan pulangan dividen selepas penutupan laporan kewangan semasa syarikat. Tujuan syarikat menjanjikan dividen adalah untuk menarik minat pelabur untuk membeli IPO syarikat mereka. Pelabur jangka panjang berminat kepada saham IPO yang menjanjikan dividen yang konsisten dan tinggi.

6)Banyak Cornerstone Yang Melabur Dalam Syarikat
Saham IPO yang bagus menarik minat syarikat berkaitan kerajaan, investment bank dan pengurus dana untuk membeli saham tersebut dari awal lagi. Ini menunjukan keyakinan mereka terhadap saham IPO yang akan disenaraiakan nanti. Biasanya Cornerstone yang terlibat adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain. Antara contoh IPO terdahulu yang menarik minat Cornerstone seperti Armada, MSM, IHH , Pchem.

Selasa, 16 Februari 2016

10 IPO Terakhir Yang Disenaraikan Dan Prestasinya






Hari ini nak menulis tajuk yang agak berat sikit iaitu tentang pelaburan saham. Sebagai pelabur, kita boleh membeli saham secara terus di BSKL ataupun melalui IPO. Pelaburan IPO seperti gambar jambatan diatas, Pelaburan IPO ada yang naik dan turun harganya.  Tidak semestinya semua IPO akan mendapat keuntungan apabila telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Banyak juga IPO yang kencundang setelah hari pertama disenaraikan. Pelaburan IPO masih lagi mendapat tumpuan dari pelaburan individu dan syarikat kerana peluang keuntungan tetap ada. Cuma keuntungan tidaklah setinggi seperti dahulu.

Berdasarkan statistik dibawah, lapan kaunter  telah mencatat kenaikan harga berbanding dari harga yang disenaraikan seperti kaunter saham Kim Teck dan Xin Hwa. Kedua-dua kaunter ini naik melebihi 30sen dari harga penyenaraian. Ada juga kaunter yang statik dan memerlukan masa yang panjang sebelum harganya naik seperti Sunway Construction.  Antara keunikan saham IPO adalah saham yang mempunyai liputan berita yang meluas dan rekod kewangan yang baik tidak menjanjikan kenaikan harga saham tersebut seperti Malakoff Corporation.

Apepun sebelum membeli saham IPO kita semua hendaklah membuat kajian lebih lanjut tentang syarikat tersebut, Jangan membeli sesuatu saham hanya disebabkan kawan yang rekomen. Sebabnya adalah jika saham itu rugi makan kitalah yang akan menanggung kerugian tersebut. Sebelum ini banyak saham IPO  yang mencatatkan keuntungan melebihi RM0.50 setelah disenaraikan seperti saham Armada. Pchem, MSM, FGV, IHH dan banyak lagi. Kebelakangan ini kenaikan IPO dari 1 sen hingga 20 semasa hari penyenaraian.

Dibawah ini senarai 10 IPO terkini yang disenaraikan di BSKL dan harga ditutup yang terkini :-

1)Nama Syarikat                    Red Sena Berhad
Nombor Kod Stok                  5270
Harga Semasa Disenaraikan  RM0.50
Harga Penutup Disenaraikan RM0.375
Harga Terkini 12/02/2016     RM0.389

2)Nama Syarikat                    Kim Teck Cheong Consolidated
Nombor Kod Stok                  0180
Harga Semasa Disenaraikan   RM0.15
Harga Penutup Disenaraikan  RM0.32
Harga Terkini 12/02/2016      RM0.405

3)Nama Syarikat                    Al-Salam Real Estate Investment
Nombor Kod Stok                  5269
Harga Semasa Disenaraikan   RM1.00
Harga Penutup Disenaraikan  RM1.05
Harga Terkini 12/02/2016      RM0.95

4)Nama Syarikat                     Aemulus Holdings Berhad        
Nombor Kod Stok                   0181
Harga Semasa Disenaraikan   RM0.28
Harga Penutup Disenaraikan  RM0.395
Harga Terkini 12/02/2016      RM0.45

5)Nama Syarikat                     Sunway Construction Group Berhad
Nombor Kod Stok                   5263
Harga Semasa Disenaraikan   RM1.20
Harga Penutup Disenaraikan  RM1.20
Harga Terkini 12/02/2016      RM1.40

6)Nama Syarikat                     Ikhmas Jaya Group Berhad
Nombor Kod Stok                  5268
Harga Semasa Disenaraikan  RM0.57
Harga Penutup Disenaraikan RM0.82
Harga Terkini 12/02/2016     RM0.64

7)Nama Syarikat                    Xin Hwa Holdings Berhad
Nombor Kod Stok                  5267
Harga Semasa Disenaraikan  RM0.70
Harga Penutup Disenaraikan RM0.86
Harga Terkini 12/02/2016     RM1.03

8)Nama Syarikat                    Sedania Innovator Berhad
Nombor Kod Stok                  0178
Harga Semasa Disenaraikan  RM0.38
Harga Penutup Disenaraikan RM0.415
Harga Terkini 12/02/2016     RM0.415

9)Nama Syarikat                    Dolphins International Berhad
Nombor Kod Stok                  5265
Harga Semasa Disenaraikan  0.68
Harga Penutup Disenaraikan 0.715
Harga Terkini 12/02/2016     0.685

10)Nama Syarikat                  Malakoff Corporation Berhad
Nombor Kod Stok                  5264
Harga Semasa Disenaraikan  RM1.80
Harga Penutup Disenaraikan RM1.80
Harga Terkini 12/02/2016     RM1.59

Ahad, 14 Februari 2016

Berbudi Kepada Tanah








Bercucuk tanam adalah aktiviti yang berfaedah. Disamping mengeluarkan peluh, aktiviti ini menyebabkan kita mendapat bekalan oksigen dari tumbuhan hijau yang ditanam. Kita juga dapat berjimat sedikit wang ringgit dan mendapat tumbuhan yang segar dan tanpa racun perosak apabila tanam sendiri sayuran di kawasan rumah. Sekarang kesedaran rakyat Malaysia untuk menanam sayuran dirumah berputik semula. Sayanglah jika rumah yang ada kawasan dibiarkan semak samun sahaja. Bagi yang tiada kawasan atau duduk di apartment. bolehlah menanam tumbuhan hijau di dalam pasu besar dan polibeg.

Sekarang di kawasan rumah sudah ada pokok dan herba untuk kegunaan seharian. Pokok yang dah ada seperti pokok kunyit, daun kari, pokok kesum, daun pandan, pokok serai, pokok limau purut dan pokok lemon. Cuma pokok lemon dan daun kari perlu dibubuh baja dan perhatian yang lebih sebab pertumbuhan dan pembesaran pokok yang ada sekarang begitu perlahan. Sepatutnya daun-daun pokok itu dah gemuk dan mempunyai banyak anak pokok. Pokok kunyit perlu ditanam semula kerana daunnya sudah kuning dan mempunyai isi kunyit. Serai juga perlu ditanam baru kerana hampir pupus dan banyak yang hendak mati.

Tahun lepas banyak juga tumbuhan hijau yang saya cuba tanam disekeliling rumah. Cuma ada yang menjadi dan ada yang mati sebelum berbuah. Pokok bendi dah tanam banyak kali tahun lepas sebagai percubaan. Ada batch yang buahnya besar-besar. melebihi sejengkal sebijik. Tapi ada yang kecik sahaja. Mungkin sebab tidak cukup baja dan salah teknik tanaman. Pokok kacang panjang ungu dan kacang botol lebat berbuiah tahun lepas. Saya tanam tidak mengunakan para sebagai mendium untuk menjalar. Hanya pagar tepi rumah yang menjadi para untuk kacang panjang dan kacang botol menjalar. Alhamdulilah banyak juga hasil yang dapat sehingga tidak habis makan. Banyak hasil kacang panjang dan bendi yang diberikan kepada jiran-jiran dan rakan sekerja.

Ada juga tanaman yang tidak menjadi tahun lepas. Pokok petola dan pokok kangkung tidak menjadi seperti yang diharapkan. Mungkin teknik tanaman saya yang salah. Pokok petola banyak berdaun dan daunnya gemuk belaka. Tapi apabila mengeluarkan bunga, banyak yang tidak lekat. Bila petola dah jadi buah, buahnya tidak begitu panjang dan ada yang bengkok. Ada petola yang digigit oleh serangga. Kangkung juga tidak menjadi pada tahun lepas. Saya telah mencuba 2 jenis tanaman kankung iaitu melalui biji benih dan keratan batang kankung. Kangkung yang saya tanam tidak begitu subur dan daunnya kuning. Saya perlu buat kajian lebih lanjut untuk tanaman kangkung dan petola.

Tahun ini nak cuba tanam pokok cili besar, terung dan jagung. Benihnya sudah dibeli dan direndam. Target petang ini nak semai biji benih di kawasan rumah. Lepas bercucuk tanam boleh la bersukan pula. Harap tahun ini hasil tanaman menjadi.

Sabtu, 13 Februari 2016

Tawaran IPO LKL International Berhad Dan Pecca Holdings Berhad








Keputusan IPO Ranhill telah keluar di web Miti. Sesiapa yang memohon boleh membuat semakan di http://sahamonline.miti.gov.my/. Tawaran IPO LKL International dan Pecca Holdings sudah boleh dipohon melalui laman web yang sama. Penawaran 3 IPO dalam masa yang terdekat mungkin menunjukkan kerajaan dan syarikat masih yakin dengan keadaan pasaran Malaysia sekarang.

Tawaran saham IPO LKL International dan Pecca Holdings Berhad bermula 11 Februari 2016 sehingga 17 Februari 2016. Tarikh tutup penghantaran borang permohonan adalah sebelum 19 Februari 2016 sebelum jam 04.30 petang. Jika pemohonan tinggal berdekatan Lembah Kelang dan Selangor boleh menghantar sendiri di Pejabat Baru Miti di Jalan Sultan Ahmad Shah, Kuala Lumpur. Bagi pemohon luar Lembah Kelang dicadangkan menghantar permohonan dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran express swasta. Ini kerana tempoh masa yang diberikan MITI selalunya singkat. Lagipun kita perlu menyediakan dokumen sokongan yang perlu disertakan sekali dengan borang permohonan.

Sedikit maklumat mengenai IPO LKL International. LKL menawarkan saham 49.6 juta unit kepada pemegang saham, kakitangan syarikat, individu dan syarikat. LKL merupakan pengeluar katil untuk pesakit di Malaysia. Syarikat ini juga dianugerahkan ISO 9001-2008 dan ISO13485-2012 oleh badan yang berkenaan di German. IPO Pecca Holdings pula menawarkan saham 18.8 juta unit saham. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan dan pemasangan sarung kerusi kereta, aksesories kereta dan sarung kerusi kapal terbang. Pecca Berpengalaman lebih 25 tahun dalam pembuatan tangan barang berkaitan kulit.


Keputusan Tawaran IPO Ranhill




Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi lain kali. Lagipun MITI telah membuka tawaran IPO yang lain pula. IPO yang terbaru ialah LKL International Berhad dan Pecca Holdings Berhads. Pemohon yang memohon IPO Ranhill boleh membuat semakan permohonan di web http://sahamonline.miti.gov.my/.

Semasa membuat permohonan kita mesti mengetahui kemampuan tunai di tangan dan di bank sebelum memohon sesuatu IPO. Ini kerana ada sesetengah keputusan IPO yang mahukan duit dibayar kepada Investment Bank dalam yang singkat. Tapi sebagai pelabur kita mempunyai pilihan untuk mengunakan duit sendiri ataupun membuat pinjaman kepada bank. Biasanya had pinjaman untuk pembiayaan IPO di antara 70% sehingga 90% dari jumlah saham X nilai sesaham. Untuk keterangan lanjut sila berkunjung ke Investment Bank yang berdekatan.

Maklumat tambahan yang saya terima terdapat pindaan tarikh penutupan permohonan saham Ranhill untuk permohonan awam dan penyenaraian di BSKL. Tarikh lama penyenaraian saham Ranhill adalah pada 18 Februari 2016. Tarikh permohonan untuk orang awam telah dilanjutkan sehingga 29 Februari 2016. Tarikh penyenaraian pula dianjakkan ke tarikh 16 Mac 2016. Diharap  saham ini naik harganya semasa penyenaraiaannya.

Khamis, 4 Februari 2016

Dividen Tabung Haji 2015







Hari ini posting berkaitan dengan tabung haji.  Tahun 2016 memang tahun mencabar untuk Tabung Haji. Heboh di media massa dan media eletronik berita negatif tentang Tabung Haji. Berita berkaitan surat kepada Pengerusi Tabung Haji dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat banyak reaksi dari rakyat Malaysia. Apepun Tabung Haji diharap menerima teguran dari Gabenor Bank Negara dengan membuat penambah baikan, Tabung Haji masih lagi institusi terbaik untuk menguruskan jemaah haji dari Malaysia buat masa sekarang.

Dividen Tabung Haji bagi tahun 2015 ialah 5 % dan bonus 3% . Bonus 3 peratus hanya untuk pendeposit yang belum pernah menunaikan haji sebelum ini.  Dividen 2015 berkurangan berbanding tahun 2014 sama seperti pelaburan instrument milik kerajaan yang lain.

Sejarah dividen Tabung Haji bagi  3 tahun terakhir :
2014  6.25 + 2
2013  6.00 + 2
2012  6.50 + 1.5

Berita sepenuhnya boleh layari laman web http://www.tabunghaji.gov.my/. Disana ada menyertakan pengiraaan dividen dan bonus Tabung Haji bagi tahun 2015