produk-produk

Khamis, 11 Ogos 2016

Tahniah Paris St Germain

Hasil carian imej untuk pasukan paris st germain



Tahniah diucapkan kepada pasukan Paris St Germain(PSG) kerana memenangi kejuaraan Piala Juara. Piala ini piala pertama yang dimenangi oleh PSG untuk permulaan musim ini yang dierajui oleh jurulatih baru mereka iaitu Unai Emery. Unai Emery sebelum ini menjadi jurulatih Sevilla di Sepanyol telah memenangi kejuaraan Liga Europa 3 musim berturut-turut. Piala Juara ini telah dimenangi oleh PSG 4 musim berturut-turut.

PSG mengalahkan pasukan Olimpic Lyon dengan jaringan 4-1. Gol-gol untuk pasukan PSG dijaringkan oleh Hatem Ben Arfa, Javier Pastore, Lucas Maura dan Layvin Kurzawa. Gol sagu hati untuk Lyon dijaringkan oleh Corentin Tolisso. Lyon tidak memberi tentangan yang sengit kepada pasukan PSG. Kebanyakan kesebelasan utama PSG adalah pemain yang telah bermain bersama sejak beberapa musim lepas lagi. Keadaan Lyon diburukkan lagi dengan kecederaan pemain utama mereka iaitu Alexandre Lacazette yang dikeluarkan pada separuh masa pertama lagi.

Pada mulanya ramai penganalisis menjangkakan PSG hanya akan menang dengan jaringan yang sedikit. Ini kerana ketiadaan penyerang lagenda mereka iaitu Zlatan Ibrahimovic yang telah berpindah ke Manchester United. Kekosongan itu berjaya diisi dengan baik oleh bekas pemain Nice yang baru dibeli iaitu Hatem Ben Arfa. No 10 Ibrahimovic juga telah diberi kepada perancang utama pasukan iaitu Javier Pastore.

Pengendali sebelum ini Laurent Blanc dipecat kerana tidak berjaya membawa PSG memenangi kejuaraan Piala Eropah. Hanya kejuaraan itu yang belum dimenangi oleh kelab itu sejak diambil alih oleh konsortium dari Timur Tengah. Unai Emery dilantik khas dengan harapan Paris St Germain dapat merangkul kejuaraan Piala Eropah pada musim ini

2 ulasan: