produk-produk

Ahad, 10 Julai 2016

Pemain Muda Berbakat EURO 2016 Bahagian 1

Hasil carian imej untuk euro 2016



Setiap kali kejohanan EURO berlangsung pasti ada bakat baru yang akan diketengahkan oleh pasukan negara masing-masing. Gabungan pemain lama dan baru diperlukan untuk menghasilkan kemenangan kepada sesuatu pasukan. Jarang ada pasukan yang diwakili oleh pemain veteran dapat memenangi kejohanan kecuali pasukan Itali yang memenangi Piala Dunia pada tahun 2006.

Hasil carian imej untuk sergio rico sevilla


1) Sergio Rico- Penjaga Gol

Pemain muda Sepanyol ini baru berusia 22 tahun. Rico bermain untuk kelab Sevilla di La Liga. Pasukan Sepanyol banyak melahirkan penjaga gol yang berkualiti seperti Iker Casillas, Victor Valdes, Pepe Reine. Mungkin Rico akan menjadi pelapis kepada penjaga gol utama Sepanyol sekarang iaitu David De Gea.


Hasil carian imej untuk hector bellerin

2) Hector Bellerin- Pertahanan Kanan

Pemain ini juga berasal dari Sepanyol. Sekarang bermain untuk pasukan Arsenal di Liga Perdana Inggeris. Kualiti yang dimiliki Bellerin menyebabkan pertahanan kanan Debunchy terpaksa berada di bangku simpanan. Bellerin merupakan pemain remaja Barcelona sebelum berpindah ke Arsenal. Bellerin mempunyai masa depan yang cerah kerana masih muda dan selalu menolong pasukan semasa membuat serangan balas.

Hasil carian imej untuk dele alli


3) Dele Alli- Pemain Tengah

Alli tidak dikenali semasa bermain  MK Dons. Selepas dibeli oleh Totenham Hospurs terus bakatnya semakin berkembang. Gabungan Alli bersama Eric Dier dan Harry Kane menyebabkan Totenham Hospurs menduduki tempat ketiga pada musim lepas. Alli telah menjaringkan 10 gol bersama Totenham pada musim lepas bersama Totenham. Perkembangan yang bagus oleh Alli menyebabkan pengurus England menjadikan antara tongak tengah untuk England.

Hasil carian imej untuk kingsley coman


4) Kingsley Coman- Pemain Tengah

Coman merupakan bakat baru untuk Perancis selain Pogba, Griezman dan Kante. Coman walaupun baru berumur 20 tahun bermain cemerlang dengan pasukan Bayern Munich. Kelincahan Coman dan kecederaan pemain veteran seperti Ribery dan Robben menjadikan beliau menjadi pemain utama untuk Bayern Munich pada musim lepas.

Hasil carian imej untuk marcus rashford

5) Marcus Rashford- Penyerang

Rashford merupakan pemain muda keluaran Manchester United. Rashord baru berumur 18 tahun semasa menjaring dua  gol pertamanya untuk United semasa perlawanan Europa League. Selepas itu namanya menjadi sebutan kepada penyokong United. Rashford juga dikatakan bakal menjadi penyerang lagenda Manchester United dan England iaitu Andy Cole. Rashford juga telah menjaringkan gol untuk England semasa menyarungkan jersi England buat kali pertama semasa bertemu dengan Australia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan