produk-produk

Sabtu, 2 Julai 2016

Keputusan IPO Saham Dancomech



Keputusan IPO Dancomech telah keluar di website MITI petang semalam. Kepada semua pemohon boleh menyemak permohonan di website MITI iaitu http://sahamonline.miti.gov.my/. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya melalui permohonan bumiputera MITI. Yang tidak berjaya boleh memohon melalui tawaran terbuka kepada rakyat Malaysia sekarang.

Tarikh akhir pembayaran saham ini adalah sebelum 12 Julai 2016. Semua pembayaran dan surat aku terima hendaklah dihantar ke pejabat  Malaysian Issuing House yang bertempat di Petaling Jaya. Harga tawaran per unit untuk IPO Dancomech adalah RM0.75. Kali ini tawaran untuk awam diberikan lebih awal berbanding keputusan yang diberikan oleh MITI. Biasanya lepas keputusan MITI dikeluarkan barulah tawaran untuk semua rakyat menyusul.

Tarikh akhir  pembayaran IPO Dancomech agak terhad masanya memandangkan penyenaraiannya saham ini selepas Hari Raya Aidiladha iaitu 21 Julai 2016. Bagi pelabur beragama islam ,ramai yang sudah mood hari raya. Ada yang akan cuti raya sampai hujung minggu depan iaitu 10 Julai 2016. Yang terbaik untuk pelabur MITI hendaklah menyelesaikan semua urusan berkaitan sebelum 9 Julai 2016. Di harap prestasi semasa  sektor minyak dan gas serta krisis Britain keluar dari EURO tidak menjejaskan prestasi saham ini nanti.

Syarikat ini akan memperolehi RM 18 juta dari hasil penyenaraian nanti. Dancomech bercadang untuk membayar 30 peratus dari keuntungannya nanti. Nisbah gearing syarikat ini agak bagus juga iaitu 0.11 kali





Tiada ulasan:

Catat Ulasan