produk-produk

Jumaat, 10 Jun 2016

Kumpulan C EURO 2016

Hasil carian imej untuk mesut ozil


Kumpulan C EURO kali ini terdiri daripada negara German, Poland, Ukraine dan Ireland Utara. Diatas kertas memang German dan Poland yang akan layak ke pusingan seterusnya. Tapi dalam bola , keajaipan boleh berlaku. Dulu sapa sangka pasukan kerdil seperti Greece boleh menjuarai EURO 2004 dibawah kendalian Otto Rehegal.

Pasukan German kali ini banyak diwakili oleh muka baru. Tetapi jurulatih Joachim Low telah menaruh kepercayaan kepada pemain berpengalaman seperti keeper Bayern Munich iaitu Manuer Nuer yang berumur 30 tahun, Bastian Schweinstelger yang berumur 31 tahun serta 2 penyerang veteran iaitu Mario Gomez dan Lucas Podolski. Semua pemain ini mempunyai penampilan bersama German melebihi 80 penampilan setiap pemain.

Pemain German kali ini banyak yang bermain dengan kelab di luar Bundesliga seperti penjaga gol Andre Ter Segen yang bermain dengan pasukan Barcelona, pertahanan Shkodran Mustafi yang bermain dengan pasukan Valencia dan Antonio Rugler yang bermain dengan pasukan AS Roma. Pemain tengah Germany memang ramai bermain di liga luar German seperti Toni Kroos (Real Madrid), Sami Khedira( Juventus) Emre Can( Liverpoll) dan Mezut Ozil yang bermain dengan Arsenal. Diharap German dapat mengekalkan prestasi cemerlang mereka seperti kejohanan EURO yang lepas.

Poland pula banyak pemainnya bermain di Bundesliga, Serie A dan Liga Perdana Inggeris. Pemain Poland yang bermain di Bundesliga seperti Lucas Piszczek yang bermain di Dortmund, Robert Lewandoski yang bermain di Bayern Munch. Pemain yang bermain di Liga Perdana  Inggeris adalah kedua-dua penjaga gol Poland iaitu Arthur Boruc(Bournemouth) dan Lucas Fabianski( Swansea). Pemain terbaik Poland ketika ini adalah penyerang mereka iaitu Lewandoski. Beliau merupakan antara penjaring terbaik Bundesliga musim lepas dan telah menjaring 34 gol untuk pasukan kebangsaan Poland.

Pemain Ukraini kebanyakkannya bermain di Liga Utama Ukraine seperti pasukan Dynamo Kiev, Shaktar Donetsk. Pemain Shaktar banyak mendominasi pasukan Ukraine seperti pemain Andryl Pyatov(penjaga gol), Olexandr Kucher, Yaroslav Rakitskly(pertahanan) , Viktor Kovalenko, Taras Stepanenko (pemain tengah). Apepun Ukraine masih mengharap kudrat pemain berpengalaman iaitu Anatolly Tymoshchuk yang telah berumur 37 tahun dan telah membuat penampilan 143 kali.

Pasukan terakhir dalam kumpulan ini adalah Ireland Utara. Majoriti pemain Ireland Utara bermain di Liga Perdana Inggeris dan Liga Scotland. Pengurus Ireland Utara masih menaruh kepercayaan kepada pemain veteran dan berpengalaman untuk mewakili pasukan pada kejohanan ini. Ini terbukti dengan 8 pemain berumur lebih 30 tahun mewakili pasukan mereka. Pemain tertua pasukan ini adalah Roy Caroll yang berumur 38 tahun. Caroll yang sekarang bermain untuk kelab Notts County pernah bermain untuk Manchester United sebelum ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan