produk-produk

Khamis, 17 Mac 2016

Tawaran IPO Salutica Berhad Oleh MITI









MITI telah menawarkan tawaran saham khas Salutica Berhad bermula 17 Mac 2016. Tawaran ini dibuka sehingga 23 Mac 2016(Rabu)  sebelum 12.00 tengahari. Penghantaran borang permohonan pula sebelum 25 Mac 2016 sebelum jam 04.30 petang. Untuk maklumat lanjut boleh layari lawan sesawang http://sahamonline.miti.gov.my/.

IPO Salutica menawarkan 38.8. juta unit saham kepada pelabur bumiputera di bawah tawaran MITI. Harga par adalah RM0.10. RHB Investment Bank Berhad merupakan bank penasihat IPO syarikat ini. Syarikat ini mereka, membangunkan dan menghasilkan peralatan eletronic untuk pasaran Malaysia. Ibu Pejabat Salutica terletak di Kawasan Perindustrian Zarib, Ipoh, Perak.

Salutica Allied Solution telah ditubuhkan pada 15 October 1990. Sebelum ini Salutica Berhad menggunakan nama Balda Solution Malaysia Sdn. Bhd. Pengurusan baru telah membeli Salutica Berhad pada April 2013. Produk keluaran Salutica Berhad telah digunakan di 28 buah negara ttermasuk benua Eropah, Amerika, Asia dan Ocenia. Apepun sila buat kajian lebih lanjut sebelum membeli IPO syarikat ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan