produk-produk

Sabtu, 9 Januari 2016

Tanaman Yang Harus Ada Di Setiap Rumah


Salam hujung minggu kepada semua. Tulisan kali ini berkaitan dengan tanaman pulak. Hujung minggu kita bagi posting yang tidak berat dan santai . Untuk orang yang tinggal di kawasan perumahan dan mempunyai halaman di tepi dan belakang rumah, baguslah dapat bercucuk tanam. Di samping dapat mengeluarkan peluh, pokok lalang dan kemuncup tidak sempat tumbuh dengan gembira di kawasan halaman rumah kita.

Dibawah ini saya senaraikan beberapa tanaman yang selalu digunakan dalam masakan orang melayu dan kegunaan seharian.



1) Pokok Serai
Menanam pokok ini memang mudah. Serai jenis tumbuhan yang tahan lama setelah ditanam. Jika mempunyai kawasan halaman yang terhad, serumpun serai sudah mencukupi. Serai boleh digunakan dalam masakan tomyam, paprik dan masak stim.



2) Pokok Pandan
Pokok pandan memang banyak kegunaan kepada kita semua. Daun pandan boleh digunakan sebagai pewangi semulajadi untuk kereta. Yang penting kena siat-siat daun pandan sebelum bubuh dalam kereta. Daun pandan juga boleh digunakan sebagai mewangikan air sirap. Masa memasak nasik lemak juga daun pandan digunakan.



3) Bunga Kantan
Bunga Kantan pun ada kegunaanya. Cuma bila dah tanam amik masa beberapa tahun jugalah  baru nak berbunga. Sekarang kat pasar dan kedai sebatang bunga kantan paling murah RM1 hingga RM1.50. Bunga kantan boleh digunakan dalam masakan asam pedas dan masak laksa



4) Daun Kesum
Daun kesum sejenis tumbuhan menjalar. Tapi jika halaman kita sempit boleh tanam dalam pasu bunga je. Petua nak bagi daun kesum subur ialah rendamkan bawah pasu bunga dengan air. Sebab daum kesum suka dengan keadaan yang lembab. Daum kesum banyak digunakan dalam masak asam dan asam pedas.




5) Daun Kari
Nama pun daun kari, mestilah daun ini digunakan dalam semua masakan kari. Pokok kari inipun jenis tumbuhan yang mudah hidup. Bagi pengemar kari, tanaman ini mesti ada di halaman rumah. Pokok kari ini jika ditanam di halaman boleh mencapai ketinggian manusia. Tapi jika tanam dalam pasu pokoknya akan menjadi setinggi pinggang kita sahaja. Untuk mendapatkan anak kari pun senang sebab anak kari bertunas dari akar pokok kari yang menjalar di halaman rumah kita semua.




6) Daun Kunyit
Daun kunyit tumbuh dari kunyit yang sudah tua. Pokok ini boleh digunakan daun dan isinya. Ada orang yang lebih suka menggunakan kunyit hidup berbanding kunyit serbuk semasa mengoreng ikan atau ayam. Daun kunyit pun banyak digunakan dalam masakan orang melayu. Kunyit memang mudah bercambah. Apabila pasu sudah penuh. Boleh dialihkan sedikit daun kunyit ke pasu yang lain. Yang penting semasa alihkan kunyit itu, tanah yang ada pokok kunyit mesti dikepal padat supaya dapat hidup di kawasan baru.




2 ulasan:

  1. umah cik en de daun kari je.. sbb dok bujang.. hiihih

    BalasPadam
  2. yang mana xde cik intan tanam la. xkan sbb nk guna serai sebatang kena pergi kedai pulak

    BalasPadam